Pengajian Umum

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 

Pengenalan

Jabatan Pengajian Umum KPTM Alor Setar.

 

Jabatan Pengajian Umum Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar ditubuhkan dengan objektif untuk membantu KPTM memperkenalkan kepada semua pelajar akan kepentingan dan nilai-nilai ilmu akademik, kerohanian dan nilai-nilai murni sejagat dalam kehidupan bermasyarakat disamping menitikberatkan kepentingan komunikasi efektif, penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga.

            Jabatan ini mempunyai tenaga pengajar terdiri dari pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran bidang contohnya Bahasa( Inggeris, Arab dan Mandarin), Pengajian Islam, Undang-undang, Pengajian Malaysia, Sains Sukan, Khidmat masyarakat dan Ko-kurikulum.    

Oleh itu, Jabatan Pengajian Umum Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar adalah sebagai pelengkap kepada semua jabatan di Kolej Poly-Tech MARA dalam usaha membantu dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek .