Domestik

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Kediaman & Keusahawanan) 

Unit ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penginapan pelajar, kebajikan, kesihatan dan keusahawanan.

Perkhidmatan yang diberikan bermatlamat untuk mewujudkan suasana kehidupan yang harmonis dalam kalangan pelajar dengan mengamalkan budaya hidup kampus yang berkualiti.

Bahagian ini bertanggungjawab memastikan dan menguruskan Kolej Kediaman diisi secara optimum semasa semester pengajian. Menguruskan dan menyelaras permohonan penginapan pelajar serta memantau dan menyediakan data statistik dan rekod pelajar di kolej kediaman dan rekod di Sistem Maklumat Pelajar (CMS).

Terdapat tiga tempat kediaman yang disediakan iaitu;

  1. Taman Rakyat (Desa Siswa) –dibawah seliaan En Mohd Nur Azam Abdullah
  2. Taman Permodalan (Desa Siswi) –dibawah seliaan Pn. Asmah Abdul Rahman
  3. Bangunan Suka Menanti (Desa Siswi) –dibawah seliaan Pn. Faudziah Omar

Selain itu, memberi pendedahan keusahawanan dikalangan pelajar supaya berminat menjadi usahawan muda dengan memberi peluang-peluang dalam perniagaan. Pelbagai aktiviti keusahawanan diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar terlibat secara langsung dengan seminar usahawan, pertandingan serta aktiviti jualan.