Unit Bimbingan dan Kaunseling

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING KPTM ALOR SETAR

1. Apa itu kaunseling?

Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

 

2. Apakah etika perkhidmatan kaunseling?

Segala perkara / maklumat yang dibincangkan sepanjang sesi kaunseling berlansung adalah RAHSIA.

 

3. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling KPTM Alor Setar?

  • Khidmat kaunseling individu / kelompok
  • Khidmat bimbingan kerjaya
  • Khidmat bimbingan perkembangan personaliti
  • Khidmat bimbingan penyesuaian diri
  • Khidmat pentadbiran ujian psikologi

 

4. Apakah masalah umum yang sering dibincangkan semasa sesi bimbingan / kaunseling?

  • Akademik
  • Kerjaya
  • Psikologi dan kesihatan mental
  • Perhubungan dengan keluarga / rakan
  • Kewangan

 

5. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat bimbingan / kaunseling?

  • Membuat temujanji bersama kaunselor melalui Borang Temujanji BHEP/07-00 yang boleh didapati di Pejabat Unit Bimbingan & Kaunseling
  • Walk-in ke pejabat Unit Bimbingan & Kaunseling 
  • Melalui rujukan pensyarah / mentor / pegawai / JK Tatatertib Kolej

 

6. Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan / kaunseling?

TIDAK. Perkhidmatan adalah percuma.