MS IS0 9001 : 2008

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

Pengertian ISO

ISO adalah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.

 

Pengertian ISO 9000

ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

 

Definisi “KUALITI” menurut ISO 9000 "Tahap di mana satu set ciri-ciri memenuhi semua keperluan”

 

Faedah-Faedah ISO

Pelaksanaan ISO 9000 akan memberi beberapa faedah termasuklah:

1. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya masalah.

2. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah yang perlu diambil.

3. Memberi kaedah mendokumenkan secara tersusun amalan-amalan dan cara-cara bekerja.

4. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah serta mengelakkanya daripada berulang.

 

Faedah Dokumentasi

1. Menyebarkan maklumat mengenai komitmen pengurusan terhadap kualiti ke seluruh oraginisasi.

2. Menjelaskan struktur organisasi dan tanggungjawab staf.

3. Menyebarkan arahan dan penerangan tugas.

4. Kaedah kerja dapat diseragamkan untuk mencapai kualiti yang konsisten.

 

Hireraki Dokumen

1. Manual kualiti

2. Prosedur

3. Arahan kerja

4. Dokumen sokongan

 

Langkah-langkah pelaksanaan ISO 9000

Langkah 1 : Mendapatkan Komitmen Pengurusan Atasan

Langkah 2 : Menubuhkan Pasukan Standard ISO 9001

Langkah 3 : Latihan

Langkah 4 : Menilai Sistem Kualiti Masa Kini

Langkah 5 : Merancang Pelan Perlaksanaan

Langkah 6 : Melaksanakan Sistem Kualiti

Langkah 7 : Menjalankan Audit Kualiti