http://astar.kptm.edu.my/v2/swapen2017

 

Pendahuluan

 

Seminar Wacana Pendidikan
SWAPEN2017

 

Tema : “Pendidikan Dalam Mendepani Arus Globalisasi: Cabaran & Penyelesaian”

 

Dunia pendidikan pada ketika ini mengharungi era globalisasi yang semakin mencabar samada di peringkat glokal mahupun global. Justeru, tujuan Seminar Wacana Pendidikan ini adalah untuk dijadikan pentas ilmu dan sebagai suatu wadah dalam membincangkan serta menyelesaikan isu-isu dan cabaran sistem pendidikan khususnya di Malaysia.

 

Melalui seminar ini juga dapat dilihat bahawa KPTM Alor Setar bukan sahaja berusaha memberikan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar, malahan pihak KPTM Alor Setar juga menitikberatkan hala tuju sistem pendidikan agar selari mengikut peredaran zaman bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia di abad ini.

 

Sub-tema:

      ICT dalam Pendidikan

      Kreativiti & Inovasi Pendidikan

      Pendidikan Keusahawanan

      Pendidikan Disiplin Ilmu Kemanusiaan (keagamaan, sejarah, seni dan budaya, bahasa, ekonomi,  dan lain-lain)

      Sains & Teknologi  dalam Pendidikan

      Ke arah Pendidikan Global

      Isu-Isu Pendidikan Semasa dan Pengurusan pendidikan

      Pedagogi Abad ke 21

      Pendidikan Sepanjang Hayat

Tarikh             : 11 Oktober 2017

Tempat           : INSPIN, Alor Setar Kedah

 

Tarikh-Tarikh Penting

 

12 Jun 2017      : Tarikh tutup penghantaran abstrak

3 Jul 2017         : Pemakluman penerimaan abstrak  dan penggilan Kertas kerja

1 Sept 2017       : Tarikh akhir penyerahan kertas kerja

1 Okt 2017        : Tarikh akhir pembayaran yuran

11 Okt 2017      : Seminar dilaksanakan

 

 

Yuran Penyertaan

 

PEMBENTANG:

RM 100.00

PESERTA:

RM 20.00

Cara-Cara Pembayaran

Bayaran boleh dibuat melalui Slip bank/Cek/PO/LO Pemindahan wang atas nama KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. atau bayaran terus ke Nombor Akaun: CIMB 8006426463 (Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar) dan BUKTI PEMBAYARAN perlu di whatsapp ke nombor 018-2211120 ( Pn. Hamizah Hamzah )

Polisi Pembatalan

 

Penggantian dibenarkan untuk peserta berdaftar. Sila ambil perhatian bahawa bayaran perlu dibuat sebelum atau semasa pendaftaran seminar. Polisi pembatalan akan dikenakan sekiranya:

1. Pembatalan dibuat  5 minggu sebelum hari pendaftaran, maka 100% wang akan      

    Dikembalikan 

2. Pembatalan dibuat 3 minggu sebelum hari pendaftaran, maka  50% wang akan dikembalikan

3. Pembatalan dibuat 2 minggu sebelum hari pendaftaran, maka wang tidak akan dikembalikan

 

 

Format Kertas Kerja

 

Sila hantar kertas kerja anda dalam fail format Microsoft WORD format;

Untuk medium English/ Malay: font Arial, saiz 11, langkau sebaris.

Pengarang dibenarkan menghantar kertas kerja maksimum 10 halaman (termasuk abstrak, isi kandungan, rajah-rajah, jadual dan rujukan).

Pada halaman pertama, sila sertakan maklumat-maklumat berikut.

         Tajuk kertas kerja

         Nama pengarang

         Institusi

         Email – maklumat ini penting.

         Abstrak mengandungi maksimum 300 perkataan.

         Sekurang-kurangnya 2 kata kunci

         Rujukan dalam format APA.

Sila hantar kertas kerja penuh anda ke farah_hussan@gapps.kptm.edu.my

 

Hubungi Kami

 

MARLIANA MOHAMAD (012-539 7280)  marliana@gapps.kptm.edu.my

AHMAD FAUZI AHMAD (013-423 3228)  ahmadfauzi@gapps.kptm.edu.my

AZALINA TATAR            (014-6303171)  azalina_tatar@gapps.kptm,edu.my