Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Organisasi

JABATAN MATEMATIK DAN SAINS KOMPUTER

Jabatan Matematik dan Sains Komputer (MSK) dahulunya di kenali sebagai Jabatan Teknologi Maklumat. Jabatan MSK bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar bagi kursus Sains Komputer, Teknologi Maklumat & Matematik.

Jabatan ini menawarkan 2 program utama iaitu :

1. Diploma in Computer System & Networking.

2. Diploma in Information Technology

Terdapat 13 orang pensyarah yang bernaung di bawah jabatan ini. 10 orang pensyarah Sains Komputer dan 3 orang pensyarah Matematik menjadi tunggak kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang-bidang seperti Discrete Mathematics, Business Mathematics, Quantitative Method, Information Technology & System, Network & Architecture dan Software Engineering.

Selain terlibat secara langsung di dalam bidang akademik, ahli-ahli jabatan juga terlibat secara aktif di dalam selenggaraan sistem kolej. Antaranya adalah sebagai pentadbir sistem OleS, Webmaster, Sistem Jaringan Industri (EiTU) dan juga menjadi rujukan kepada kakitangan akademik dan bukan akademik di dalam penggunaan sistem dan juga software.