Info Jabatan PU

Ditulis oleh Emylda Arny Abdurahim on . Posted in Uncategorised

Jabatan Pengajian Umum

Jabatan Pengajian Umum Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar ditubuhkan dengan objektif untuk membantu KPTM memperkenalkan kepada semua pelajar akan kepentingan dan nilai-nilai ilmu akademik, kerohanian dan nilai-nilai murni sejagat dalam kehidupan bermasyarakat disamping menitikberatkan kepentingan komunikasi efektif, penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga.

            Jabatan ini mempunyai tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran contohnya Bahasa (Inggeris, Arab dan Mandarin), Pengajian Islam, Undang-undang, Pengajian Malaysia, Khidmat masyarakat dan Ko-kurikulum.  

Oleh itu, Jabatan Pengajian Umum Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar adalah sebagai pelengkap kepada semua jabatan di Kolej Poly-Tech MARA dalam usaha membantu dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek .

Jabatan ini juga bakal menawarkan 1 program baharu pada 2019 iaitu :

1. Diploma in Tourism Management