Aktiviti Akan Datang

10 Oct, 2021
Virtual Expo Institut Pengajian Tinggi Kedah 2021

Virtual Expo Institut Pengajian Tinggi Kedah 2021

  • 9:00 am - 12:50 pm

ABOUT EVENT

‼️ MAKLUMAN‼️
?️ VIRTUAL EXPO IPT KEDAH 2021

Bertemakan ‘Jom Belajar di Kedah’, program Virtual Expo IPT Kedah 2021 anjuran Pejabat Exco Industri & Pelaburan, Sains, Teknologi & Inovasi dan Pengajian Tinggi dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal diadakan buat julung kali secara dalam talian. Program yang akan berlangsung mulai 10 sehingga 16 Oktober 2021 ini melibatkan 15 Institusi Pengajian Tinggi dan 6 industri di seluruh negeri Kedah.
Virtual Expo IPT Kedah 2021 ini merupakan medium untuk membantu bakal pelajar, ibu bapa, guru-guru dan orang awam dari dalam dan luar negara mendapatkan maklumat berkenaan program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi. Ekspo ini juga memberi peluang kepada calon lepasan SPM, STPM, Diploma dan peringkat Ijazah untuk menyambung pengajian dalam program yang diminati.
Selain itu, para graduan juga berpeluang untuk mendapat tempat latihan atau pekerjaan yang telah disediakan oleh pihak industri. Virtual Expo IPT Kedah 2021 ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti slot webinar, ‘live chat’ dan konsultasi untuk individu secara virtual bagi membantu bakal pelajar mendapatkan lebih banyak info tentang program yang ditawarkan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di negeri Kedah.
Penganjuran program seumpama ini dapat memberi impak yang sangat besar kepada Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat dalam meningkatkan daya tahan dan mencari langkah inovatif
terbaik
dalam era selepas Covid-19, sekali gus berupaya menghadapi cabaran pada masa hadapan. Orang ramai boleh melayari laman sesawang
? www.iptkedahvirtual.uum.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang sepanjang program berlangsung.
? Pra-pendaftaran kini dibuka di pautan https://forms.gle/3AeD4bZyGY8QnfCZ6

EVENTS SPEAKERS

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)