Alor Setar, 25 Oktober 2025 - Seramai 25 orang pelajar dari Kelab Pembimbing Rakan Siswa KPTM Alor Setar telah menjadi fasilitator dalam aktiviti Explorace Jelapang Padi bagi Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan bertempat di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar.
Aktiviti tersebut melibatkan lawatan ke tujuh lokasi bersejarah dan ikonik di Alor Setar, termasuklah Balai Seni Negeri, Kedah Royal Museum, Pekan Rabu, Pekan Melayu/Cina, Balai Nobat, Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir dan Rumah Merdeka.
#kptmalorsetar
#nextlevelofexcellence
#bulankaunselingkebangsaan







