Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) 2024 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kokurikulum, kepimpinan, keusahawanan, dan sahsiah. Majlis ini menghimpunkan pelajar dari seluruh cawangan KPTM dan UPTM, bertujuan untuk memberi penghargaan atas sumbangan dalam mengharumkan nama institusi.
Terdapat 13 kategori yang dipertandingkan dalam MAKHEP 2024 dan KPTM Alor Setar berjaya merangkumi beberapa anugerah iaitu:
Anugerah Inovasi Individu (Tempat Ketiga)
Nursyazana Adila binti Mohd Fauzi
Anugerah Usahawan Individu (Tempat Kedua)
E-Virug
Anugerah Sukan Individu (Tempat Ketiga)
Elisa Low
Anugerah Kediaman Terbaik (Tempat Ketiga)
KPTM Alor Setar
Anugerah Penasihat Kelab Terbaik
Fahmi bin Odeni
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Insyaallah kita akan penambahbaik pencapaian di masa akan datang.
#kptmas
#jommasukkptmas
#hepkptmas
#nextlevelofexcellence
#makhep2024