Berita Kampus

Previous Next

11 OKTOBER 2025 | KPTM ALOR SETAR @ FESTIVAL IDEA KEDAH 2025 FOI@Kedah

Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar melakar satu lagi pencapaian apabila tiga wakil projek inovasi melibatkan tujuh orang pelajar telah menyertai Festival IDEA @ Kedah 2025 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2025 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.
Penyertaan ini adalah sebagai pempamer dalam program berprestij anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan UUM dengan tema “Dunia ke arah Kecerdasan Buatan”.
Senarai projek dan pelajar terlibat adalah seperti berikut:
1. Sign Language Recognition System
• Mai Nur Ain Binti Meor Ahmad Jefferi
• Khairun Nadia Binti Hafezzudin
2. Resume Ranking System
• Sazlina Zulraenim Binti Suparman
• Nur Shahira Binti Mohd Rozlan
3. HoloSwipe Control System
• Luthfil Amin Bin Sharudin
• Muhammad Norazam Bin Mohd Sukri
• Shahrul Ikhwan Bin Khirul Azlan
Projek-projek ini berada pada tahap TRL 5 (solution validated in simulated relevant environment) dan dibangunkan oleh pelajar daripada program Sains Komputer (CC104) dan program Pengurusan Perniagaan (AB101).
Penyertaan ini menunjukkan keupayaan pelajar KPTM Alor Setar dalam membangunkan penyelesaian berasaskan teknologi, seiring dengan arus Kecerdasan Buatan dan pendigitalan negara.
Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah penyelia atas komitmen dalam memperkasakan budaya inovasi di KPTM Alor Setar.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)