10 Disember 2023, Ahad - Satu Mesyuarat Lembaga Pengelola telah diadakan di Bilik Multimedia, di sini hari ini.
Mesyuarat Lembaga Pengelola ini telah dihadiri Yang Berhormat Datoβ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., YBhg. Datoβ Luqman bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, YBhg. En Nazri bin Mohd Deni, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, YBhg. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, YBhg. En Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB,
YBrs En. Mudzir bin Mohamad, Pengarah KPTM Alor Setar, YBhg. Prof. Dr. Sany Sanuri bin Mohd Mohtar, Professor Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia dan Encik Asrul Affendi bin Rosli, Senior Project Specialist Maxis Berhad merangkap wakil industri Lembaga Pengelola KPTM Alor Setar.
Dalam majlis berasingan, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar mengadakan
Sesi Engagement bersama YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTMSB bersama staf, di Dewan Seminar Jerai, di sini hari ini.
Antara acara dalam sesi ini ialah ucaptama Pengerusi KPTMSB, penyampaian Anugerah Staf Terbaik Bulanan bagi Oktober dan November, penyampaian Jabatan Terbaik dan penyampaian Staf Bersara, Tamat Perkhidmatan, penyampaian pemenang Program Hidup Sihat dan Anugerah Khas Pelajar.
Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Saifulkahar bin Shariff, Pengarah Jabatan Pendidikan Berterusan KPTMSB, Ahli Pengurusan dan staf KPTM Alor Setar.