Berita Kampus

Previous Next

26 SEPTEMBER 2025| 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗜𝗤𝗛𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗙𝗔𝗧𝗧𝗔𝗛!

Pelajar Diploma in Computer Science Semester 4, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar, Wan Zahin Syafiqhah binti Abdul Fattah dan kumpulannya telah berjaya meraih Naib Johan (Tempat Kedua) dalam Pertandingan NADI X Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 24–26 September 2025 di Hotel Mercure, Putrajaya.
Pertandingan anjuran NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) ini menghimpunkan 27 peserta terbaik dalam bidang keselamatan siber selepas melalui pusingan kelayakan yang disertai 300 peserta dari seluruh negara. Sebelum ke final, para peserta turut menjalani latihan intensif secara dalam talian selama 5 bulan.
Wan Zahin yang mewakili Zon Sentral melalui pendaftaran di NADI Kg Sungai Leman, Selangor, telah bertanding selama 9 jam penuh bersama kumpulannya dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.
🏆 Senarai Hadiah Utama:
🥇 Johan – RM30,000
🥈 Naib Johan – RM20,000
🥉 Tempat Ketiga – RM10,000
Kejayaan ini membuktikan kemampuan dan potensi besar anak muda dalam mendepani cabaran dunia keselamatan siber. 💻🔒
#CTF2025
#NADI
#MCMC
#KPTMAS
#CC104
#NADIXCybersecurity
#Cybersecurity
#NLE30
#KelabKomputerdanteknologimaklumat

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)