23 September 2025 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar melalui Majlis Perwakilan Kediaman telah menganjurkan Pertandingan Memasak Kuih-Muih Tradisional bertemakan Hari Malaysia bertempat di Dewan Kediaman Taman Permodalan, KPTM Alor Setar.
Pertandingan ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan objektif menyemai semangat patriotisme, di samping memperkenalkan kepelbagaian kuih-muih tradisional sebagai warisan budaya negara.
Sebanyak lapan kumpulan yang terdiri daripada 32 orang pelajar asrama telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula pada jam 7.00 malam. Hasil masakan peserta dinilai oleh barisan juri berdasarkan kreativiti, kebersihan, persembahan dan rasa.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengurus Unit Kokurikulum Seksyen Kokurikulum & Usahawan, Puan Norehan binti Kamarudin, yang menzahirkan penghargaan kepada semua peserta serta jawatankuasa penganjur atas kejayaan menjayakan program tersebut.
Pertandingan diakhiri dengan pengumuman pemenang serta sesi penyampaian hadiah pada jam 10.00 malam sebelum semua peserta dan warga asrama bersurai sekitar jam 10:30 malam.
Pihak penganjur berharap agar pertandingan ini dapat dijadikan acara tahunan yang bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mengekalkan kecintaan terhadap budaya dan tradisi negara.
#mpkkptmas
#hepkptmas
#nextlevelofexcellence
#kptmas