Berita Kampus

Previous Next

23 SEPTEMBER 2025| KEMBARA WARISAN, KASIH TERPAHAT

Muzium Kota Kuala Kedah
23 September 2025
Pelajar AT4.1 Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah melaksanakan sebuah program kolaborasi bersama Muzium Kota Kuala Kedah bertemakan β€œKembara Warisan, Kasih Terpahat” pada 23 September 2025.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai warisan sejarah tempatan di samping memupuk nilai keprihatinan terhadap masyarakat. Sebagai sebahagian daripada pengisian, seramai lapan orang asnaf telah menerima sumbangan yang disalurkan hasil inisiatif pelajar. Usaha ini mencerminkan keprihatinan sosial serta semangat memberi dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, para pelajar turut mengadakan aktiviti Treasure Hunt Warisan di perkarangan muzium. Aktiviti ini dirangka bagi meningkatkan pengetahuan sejarah, menguji kerjasama berpasukan serta menambah pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.
Secara keseluruhannya, program β€œKembara Warisan, Kasih Terpahat” berjaya mencapai objektifnya iaitu menghayati sejarah, menanam rasa tanggungjawab sosial, serta memperkukuh hubungan silaturrahim antara pelajar, pihak muzium dan masyarakat setempat.
#kptm
#kptmas
#nextlevelofexcellence

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)