13 Mac 2025 | Program NextGen IT Fest merupakan satu pameran inovasi yang dijalankan untuk menggalakkan perkembangan idea kreatif yang dapat memberikan impak positif dalam bidang teknologi maklumat (IT) dikalangan pelajar- pelajar KPTM Alor Setar. Inovasi terbaik yang dipilih dalam pameran ini akan mewakili KPTM Alor Setar ke pertandingan dan pameran inovasi diperingkat yang lebih tinggi.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Inovasi Terbaik, Anugerah Inovasi Kreatif, Anugerah Teknologi Berimpak, Anugerah Potensi Masa Hadapan, Anugerah Pilihan Juri dan Anugerah Poster Terbaik.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan NextGen IT Fest akan menjadi satu inisiatif berterusan dalam melahirkan idea-idea baharu dan menjadi satu pengalaman berharga buat para pelajar!
#kptm
#nextlevelofexcellence
#kptmalorsetar
#NextGenITFest
#kelabinovasikreativiti
#kelabkomputersains
21 Februari 2025 | Dewan Seri Mentaloon Alor Setar
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Mobile Legend Bang Bang KPTM Alor Setar (KPTM Vicious) kerana berjaya merangkul *Naib Johan* dan membawa pulang medal dan wang tunai RM500 dalam pertandingan E-Sukan peringkat Majlis Bandaraya Alor Setar yang bertempat di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar, Kedah.
Pertandingan ini disertai oleh 24 Pasukan (120 peserta) dari seluruh negeri Kedah bagi merebut juara Piala Datuk Bandar Alor Setar untuk musim kali ini. Pasukan Mobile Legend Bang Bang KPTM Alor Setar (KPTM Vicious) terdiri dari 5 orang pelajar dari Kelab E-Sport KPTM Alor Setar dibawah seliaan Encik Muhammad Rifdi Shah Bin Che Dawud Adli selaku Penasihat Kelab E-Sport KPTM Alor Setar.
Kejayaan ini tercipta hasil dari semangat berpasukan yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar dan latihan yang berkesan. Semoga dengan kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk pelajar berjaya dipertandingan yang akan datang.
#pialadatukbandaralorsetar
#kelabesportkptmas
#nextlevelofgaming
#esportleague
#nle30
#nextlevelofexcellence
#kptmas
#kptmalorsetar
#kptmgemilang
![]() | Today | 290 |
![]() | Yesterday | 396 |
![]() | This_Month | 6939 |
![]() | All_Days | 248197 |
Tingkat Bawah,1, 2 & 3,
Kompleks Perniagaan MARA,
Seberang Jalan Putra, 05150,
Alor Setar, Kedah
04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)