Jitra, Kedah | 7 Februari 2026 (Sabtu) – Program Bubbly Colour Rush 2026 telah berjaya dianjurkan pada 7 Februari 2026 bertempat di Tasik Darulaman Park, Jitra, dengan penyertaan seramai 101 orang peserta. Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar Diploma in Office Management kelas AO5.5, sebagai memenuhi keperluan kursus Organizing Event.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Abdul Shukor bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Sokongan Kumpulan BDB. Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Nor Asmah binti Said, Pengarah KPTM Alor Setar; Puan Marsita binti Ismail, Timbalan Pengarah Akademik; Cik Nazahiyah binti Saad, Ketua Program AO101; serta tetamu jemputan lain yang terdiri daripada pensyarah penilai dan pensyarah AO101.
Selepas ucapan perasmian, En. Abdul Shukor bin Abdul Rahman bersama Cik Nor Asmah binti Said telah melaksanakan acara flag off dengan membunyikan airhorn, disaksikan oleh para tetamu dan peserta yang hadir.
Antara objektif utama penganjuran Bubbly Colour Rush 2026 adalah untuk memupuk kemahiran pengurusan acara, meningkatkan kerjasama berpasukan, serta membina keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Program ini turut bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara institusi, industri dan komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya zumba, Bubble Run dan Colour Fiesta, yang berjaya mewujudkan suasana ceria dan penuh warna-warni kepada para peserta.
Penganjuran program ini turut mendapat sokongan penajaan minuman segar daripada Bingxue Outlet Taman Rakyat, Mergong, yang amat dihargai dan menyumbang kepada kelancaran program.
Pihak penganjur berharap agar kejayaan Bubbly Colour Rush 2026 ini dapat memberikan manfaat yang besar khususnya kepada para pelajar dalam membina soft skills, kemahiran kepimpinan, pengurusan masa serta pengalaman sebenar mengendalikan acara berskala awam, sekali gus menjadi nilai tambah dalam persediaan mereka ke alam kerjaya.
#kptmas
#nextlevelofexcellence
#kptmalorsetar







