Berita Kampus

Previous Next

KONSERT MALAM JIWA GALAU KPTM ALOR SETAR 2026 | 5 February 2026

KONSERT MALAM JIWA GALAU KPTM ALOR SETAR 2026

๐Ÿ—“๏ธ 04 Februari 2026 | 7:30 petang hingga 11:45 malam
๐Ÿ“ Pekarangan KPTM Alor Setar


Konsert Malam Jiwa Galau KPTM Alor Setar 2026 merupakan satu inisiatif anjuran pelajar Semester AO5.1 di bawah kursus POM3343. Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform hiburan muzik yang menarik bagi pelajar meluahkan perasaan dan menikmati hiburan, di samping mengukuhkan interaksi sosial, memberi pendedahan bakat serta pengalaman dalam pengurusan acara, dan merapatkan hubungan antara pelajar, pensyarah serta kakitangan KPTM Alor Setar.
Konsert ini telah disempurnakan dengan gimik perasmian oleh Yang Berusaha Encik Afizudin bin Datoโ€™ Paduka Haji Mohd Saad, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai cerminan realiti kehidupan generasi muda yang dipengaruhi oleh pelbagai pengalaman sosial, cabaran psikososial, aspirasi serta proses refleksi kendiri. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Pengarah KPTM, warga kerja serta pihak penganjur program. Di akhir ucapan, beliau juga telah menyampaikan salam rasmi daripada Yang Berbahagia Datoโ€™ Abdul Ghafar bin Yahya, Datoโ€™ Bandar Alor Setar.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berusaha Cik Nor Asmah binti Said, Pengarah KPTM Alor Setar; Yang Berusaha Encik Khairul Azman bin Mohamed Kasim, Ketua Penolong Pengarah yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan KPTM Alor Setar; Yang Berusaha Cik Nazahiyah binti Saad, Koordinator Program AO101; Yang Dikasihi Encik Muhammad Ridhwan bin Md Zaki, Penasihat Program; Yang Dihormati Saudari Nur Hafni Arisya binti Noor Hafis, Pengarah Program Konsert Malam Jiwa Galau; para pensyarah AO101, pensyarah-pensyarah KPTM Alor Setar, warga kerja, pelajar, rakan kolaborasi dan rakan tajaan serta masyarakat setempat.
Konsert Malam Jiwa Galau telah diserikan dengan persembahan yang sungguh memukau oleh artis-artis jemputan iaitu Fana Ibrahim, Ku Faiz, Usop Mentor dan 4UMusic Band. Konsert ini turut dimeriahkan dengan pengendalian majlis secara santai dan berkesan oleh DJ Adhan, selain persembahan aerodance daripada pelajar KPTM Alor Setar sebagai sebahagian daripada gimik perasmian. Selain itu, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi memberi keseronokan kepada para hadirin yang bertuah.
Pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Penghargaan ini ditujukan kepada Pengarah KPTM Alor Setar serta para tetamu kehormat yang sudi hadir memeriahkan suasana konsert. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pengurusan tertinggi KPTM Alor Setar selaku rakan kolaborasi Jom Gegar KPTM Alor Setar 2026 serta Majlis Bandaraya Alor Setar. Tidak dilupakan juga rakan-rakan tajaan yang sentiasa memberikan sokongan dari segi kewangan dan penajaan produk. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan penganjuran konsert ini.
Pihak penganjur juga ingin merakamkan permohonan maaf kepada semua tetamu yang hadir sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi penyusunan, protokol, ketidakselesaan tempat atau perkara-perkara lain sepanjang program berlangsung.
#kptmas
#jomgegarkptmas2026
#hariusahawankptmas
#konsertmalamjiwagalau

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)