Aktiviti Akan Datang

13 Jan, 2021
Pertandingan Cooking Challenges: Authentic Food KPTM Alor Setar

Pertandingan Cooking Challenges: Authentic Food KPTM Alor Setar

  • 10:00 am - 12:00 pm

ABOUT EVENT

Assalamualaikum wbt
Kelab Pengucapan Awam dan Kelab Kebudayaan bersama pelajar Tourism AT4.1 @tourismcrewkptmas mengalu-alukan semua pelajar KPTMAS untuk menyertai pertandingan Cooking Challenges: Authentic Food sempena Minggu Budaya KPTMAS 2020 bermula pada 13 JANUARI sehingga 22 JANUARI 2021.

?13.1.2021-14.1.2021:
Penyertaan Pelajar dan Taklimat Pertandingan

?15.1.2021-20.1.2021:
Pelajar diberi masa membuat video

?21.1.2021:
Pelajar menghantar video di telegram tourismcrewkptmas

?22.1.2021-22.1.202:
Pemarkahan juri 80%
Like dan viewers di media sosial 20%

?24.1.2021:
Keputusan pertandingan di IG tourismcrewkptmas

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Penyertaan ini adalah secara INDIVIDU/BERKUMPULAN (2 AHLI SAHAJA) dan terbuka kepada semua pelajar KPTM Alor Setar.

2. Penyertaan ini hendaklah mengikut tema yang diberikan “Makanan tradisional kaum di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan makanan tradisional di negara Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina dan Arab.

3. Pelajar boleh menghasilkan video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4. Durasi video adalah sekurang-kurangnya 3 minit dan tidak boleh melebihi 5 minit

5. Peserta dikehendaki follow akaun @tourismcrewkptmas

6. Sepanjang rakaman video masakan hendaklah menampakkan wajah peserta. Rakaman video boleh dihasilkan dari pelbagai sudut dan teknik yang pelbagai. Suasana semasa rakaman perlulah bebas daripada gangguan yang boleh menjejaskan kualiti video.

7. Rakaman video menekankan editing, kreativiti, kreatif, cara pengolahan, cara masakan, menepati masa, unsur humor, keyakinan, menarik, penghasilan karya yang kreatif dan inklusif.

8. Pemarkahan kandungan video akan dinilai sebanyak 80% oleh juri manakala sambutan daripada media sosial ( LIKE AND VIEW) sebanyak 20%. Video yang lengkap disunting perlulah dihantar di channel Telegram Penyertaan Cooking Challenges: Authentic Food oleh @tourismcrewkptmas. Pihak tourismcrewkptmas akan menyiarkan video para peserta di IGTV instagram @tourismcrewkptmas

9. Pelajar bebas menghasilkan video sama ada dalam bentuk dokumentari atau lakonan, sketsa atau mesej khidmat masyarakat mengikut kreativiti masing- masing. Video yang dihasilkan juga perlulah bebas daripada pengaruh politik, sensitiviti masyarakat dan apa-apa yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

10. Etika pemakaian :
a) bebas mengikut konsep video.
b) pakaian yang mengikut konsep video tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata.

Sebarang penyertaan mengenai pertandingan, boleh menghubungi
Nur Adhiera (+60138971909) Abdul Fazly (+60177477663)

Hadiah Tempat Pertama: *RM100*
Hadiah Tempat Kedua: *RM50*
Hadiah Tempat Ketiga: *RM30*

136373049 724905901544528 2499661212801975842 n

EVENTS SPEAKERS

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)