Berita Kampus

Karnival Kebudayaan Dan Kesenian Islam KPTM SE-Malaysia 2019

Karnival yang bertemakan “Menyantuni Ummah Membawa Berkat” telah berlangsung dengan jayanya di Kolej University Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) pada 10 -12 Disember 2019. Karnival ini merupakan penganjuran kali ke-2 yang mengumpulkan 399 peserta dari KUPTM dan 7 cawangan kolej KPTM.

10 pertandingan telah dipertandingkan diantaranya Syarahan BM, Syarahan BI, Kalam Jama'ie, Choral Speaking, Khat, Nasyid, Khutbah, Azan & Iqomah, Hafazan (Tahfiz) dan Hafazan (Terbuka).

KPTM Alor Setar telah meraih anugerah:

✅Johan dalam Pertandingan Hafazan Terbuka

✅Naib Johan dalam Pertandingan Penulisan Khat

✅Tempat Ketiga dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu

 

Karnival ini dirasmikan oleh Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)