Selaras dengan saranan pihak kerajaan untuk membantu menghantar pelajar IPT pulang ke kediaman masing-masing, pihak Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar juga membuat pergerakan menghantar pelajar KPTM AS Saudari Ainur Aslen bt Mohd Shafawi pulang ke Kelantan.
Proses- proses dan prosedur yang dijalankan untuk penghantaran adalah semuanya mengikut panduan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak KPT , MARA dan PDRM. Pelajar juga melakukan ujian saringan sebagai langkah persediaan.
Proses penghantaran juga telah dimaklumkan kepada pihak IPT Zon Utara untuk dimaklumkan ke pihak MKN untuk pergerakan penghantaran