Berita Kampus

24 Mac 2022 - APC KPTM 2021

Kolej Poly-Tech MARA telah menganjurkan sebuah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC (KPTM) 2021 bagi meraikan 45 penerima APC dan 12 pesara di Hotel Royale Chulan Damansara.

Majlis telah diserikan dengan perasmian oleh YB Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Lasim, Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara dan ucapan ringkas oleh YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA.

Selain itu, turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Ahli Lembaga Pengarah KPTM, Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM, Pengarah-pengarah kampus cawangan serta pengurusan dari setiap kampus cawangan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC KPTM 2021 dan semoga anda terus berbakti kepada KPTM dengan cemerlang dan terima kasih juga diucapkan kepada pesara-pesara KPTM yang telah berkhidmat bersama KPTM. Jasamu dikenang.

#mara #kptm #kuptm #APCKPTM2021

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)