KPTM Alor Setar mengambil inisiatif memberikan insentif kepada pelajar dan staf sempena Program Bersama Masyarakat Jerlun. Pemberian disampaikan oleh YB Senator Dato' Wira Othman bin Aziz, Pengerusi MARA Corporation.
Insentif diberikan kepada 4 kategori:-
1) Insentif Pendidikan KPTM - Insentif diberikan kepada pelajar IPT yang berada di kawasan Jerlun.
2) Bantuan Asnaf - Bantuan diberikan kepada asnaf KPTM di kawasan jerlun.
3) Insentif Kepimpinan Pelajar KPTM - Insentif ini diberikan kepada ahli MPP KPTM Alor Setar dan bertujuan untuk memberikan galakan kepada para pelajar KPTM untuk bergiat aktif dalam kepimpinan dikalangan pelajar KPTM.
4) Insentif Kecemerlangan Anak Staf - Insentif diberikan kepada anak staf KPTM Alor Setar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Turut hadir bersama ke program ini ialah YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM, Pengarah KPTM Alor Setar dan staf KPTM Alor Setar.
#kptm
#kptmas