Majlis menandatangani Surat Kerjasama (Letter of Cooperation – LOC) di antara Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar dan Shila Global Enterprise telah diadakan pada 14 April 2022. LOC ini telah ditandatangani Pengarah KPTM Alor Setar, En. Mudzir bin Mohamad dan Pengarah Urusan Shila Global iaitu Puan Roshilawati Binti Abdul Aziz bertempat di Bilik Pengarah Urusan Shila Global Enterprise.
Puan Roshilawati merupakan alumni KPTM Alor Setar yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Beliau adalah pengeluar coklat import berkualiti tinggi di Malaysia. Di antara produk berasaskan coklat yang di hasilkan adalah Roshila Chocolicious dan Roshila Milk Choco Spread.
Tujuan kolaborasi ini adalah untuk menjalin hubungan rapat antara KPTM Alor Setar dengan pihak industri dari segi perkongsian ilmu serta kepakaran dalam bidang keusahawanan. Selain itu dapat melahirkan graduan berbudaya usahawan (entrepreneurial graduates) yang beretika, berpengetahuan dan berkemahiran serta berupaya meyumbang kepada pembangunan negara.
Semoga kolaborasi ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan organisasi yang terlibat.
#kptmas
#roshilachocolatemalaysia