17 Januari 2023, Selasa - YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun KPTM Ke-20 yang telah diadakan di Auditorium KPTM Bangi.
Turut hadir sama dalam meraikan majlis hari ini adalah Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM dan juga semua staf KPTM Bangi.
Majlis Pelancaran ini merupakan titik permulaan untuk warga KPTM meraikan sambutan ulang tahun KPTM ke-20, yang mana tarikh ulang tahun adalah pada 1 September nanti.
Selamat Ulang Tahun KPTM-20 & semoga KPTM akan terus kekal menjadi institusi pendidikan pilihan untuk semua.
#KKDW #MARA #MARACORP
#KPTM #KUPTM
#KPTM20
