Penglibatan pelajar KPTM Alor Setar untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Komponen Penjelajahan Lasak bagi Pingat Gangsa dan Pingat Perak.
Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar KPTM Alor Setar dan pelajar sekolah di sekitar Alor Setar. Tujuan program ini bagi melayakkan peserta untuk menerima Pingat Gangsa dan Perak.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Badan Operasi Pengakap Kelana Laut Negeri Kedah ini berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam secara berkhemah.
Kelab Kembara
KPTM Alor Setar
