Berita Kampus

Previous Next

𝟏𝟐 πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ‘, 𝐊𝐑𝐚𝐦𝐒𝐬 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—•π—’π—’π—ž 𝗒𝗙 π—₯π—˜π—–π—’π—₯𝗗𝗦: π—§π—›π—˜ π—™π—œπ—₯𝗦𝗧 π—¨π—‘π——π—˜π—₯π—ͺπ—”π—§π—˜π—₯ π—˜π—¦π—¦π—”π—¬ π—ͺπ—₯π—œπ—§π—œπ—‘π—š 𝗕𝗬 𝗔𝗑 π—œπ—‘π——π—œπ—©π—œπ——π—¨π—”π—Ÿ

𝟏𝟐 πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ‘, 𝐊𝐑𝐚𝐦𝐒𝐬 - KPTM Alor Setar sekali lagi mencipta rekod di Malaysia Book of Records dengan cubaan bertajuk "The First Underwater Essay Writing By An Individual".  Rekod ini merupakan kali pertama dicipta di Malaysia dan berjaya dicipta oleh Saudara Ahmad Fudhail bin Ahmad Kenedi, pelajar semester 6 dari Program Diploma in Office Management KPTM Alor Setar.

Program yang dijalankan di Pusat Akuatik Negeri Kedah ini telah dimulakan dengan gimik pemakaian pakaian rasmi pejabat oleh Ahmad Fudhail sebagai simbolik program dengan menaip menggunakan komputer riba pada kedalaman 3 meter.

Selepas acara gimik, cabaran selaman dimulakan dengan pemilihan tajuk esei secara rawak. Tajuk esei yang terpilih itu adalah Kepentingan Pembangunan Personaliti kepada Bakal Graduan.  Selaman telah dimulakan pada jam 10.30 pagi apabila penjaga masa mendapat isyarat dari penyelam ketiga.

Cubaan mencipta rekod lebih mencabar apabila tangki oksigen pertama Ahmad Fudhail berada pada tahap rendah selepas 45 minit dan pertukaran tangki oksigen telah dibuat di dasar kolam dengan bantuan penyelam pengiring.  Selaman dan penulisan esei berjaya ditamatkan dengan catatan masa 1 jam 34 minit.

Pegawai Pemantau dari Malaysia Book of Records, Cik Siti Nurhanim binti Mohd Noh telah menyaksikan dan mengesahkan rekod yang dicipta oleh Ahmad Fudhail di hadapan Pengarah KPTM Alor Setar, Encik Mudzir bin Mohamad, rakan media dan penonton.

Selepas penyerahan sijil,  satu sidang media telah dijalankan untuk menemuramah Ahmad Fudhail bin Ahmad Kenedi bersama Penasihat Projek dan Pengarah KPTM Alor Setar.

Program ini adalah anjuran Kelab Pengurusan Pejabat KPTMAS dengan kerjasama Seksyen Pemasaran dan Pengambilan Pelajar dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM Alor Setar.

Untuk makluman, rekod yang dicipta kali ini adalah yang ketiga dicatatkan KPTMAS selepas "72 Traditional Games in A Single Event" dan "The Longest Typing Relay 48 hours".  Program ini turut mendapat kerjasama pihak Affila, Institute of Underwater, Dive Centre dan Naui.

KPTM Alor Setar berbangga dengan kejayaan Saudara Ahmad Fudhail bin Ahmad Kenedi. Syabas dan Tahniah.

#kptm

#kpmas

#MalaysiaBookOfRecords

#NurturingExcellence

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)