13 FEBRUARI 2024 | GELANGGANG ASRC, ALOR SETAR
'FIESTA FUTSAL 2024' anjuran Super Strikas dari Program Diploma Pengurusan Pejabat AO5.3 Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar yang diaadakan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat dari semua pihak.
Lebih kurang 189 peserta yang melibatkan 27 team untuk kategori lelaki dan perempuan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pelajar dalam permainan futsal dan juga meningkatkan hubungan antara pelajar, staf dan pihak luar.
Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Encik Mudzir bin Mohamad selaku Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Cik Asmah bt Said dan juga pensyarah.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial.