Berita Kampus

Previous Next

7 September 2024 |FIESTA SPORT LEAGUE (BADMINTON & FUTSAL TOURNAMENTS)

7 September 2024 | GELANGGANG ASRC ALOR SETAR, KEDAH
'FIESTA SPORT LEAGUE (BADMINTON & FUTSAL TOURNAMENTS)' anjuran Pelajar Program Diploma Pengurusan Pejabat AO6.3 Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah diadakan baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak.
Lebih kurang 150 orang peserta di kalangan pelajar, staf dan juga orang luar telah terlibat dalam menjayakan program ini. Objektif utama program adalah mengenalpasti atlet yang berbakat di kalangan peserta untuk mewakili Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar pada acara sukan akan datang.
Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Cik Nor Asmah bt Said selaku Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar dan dihadiri oleh Encik Ahmad Huzair bin Awang Dolah, Pengarah Polaris Maritime Training Academy dan juga Puan Siti Norain bt Dun, Pengurus & Ketua Kewangan Polaris Maritime Training Academy selaku penaja bersama.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)