π£ππππ‘πππ₯ππ‘ π¦ππ ππ¨π§ππ‘ ππ¨πππ‘ πππππ‘ππ¦πππ‘ π£ππ₯ππ‘ππππ§ π ππ₯π π‘ππππ₯π πππππ @ ππ£π§π ππ¦
29 Ogos 2024 - Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah menganjurkan Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat MARA Negeri Kedah yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA. Turut serta dalam program pelancaran ini ialah Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Kedah, Encik Abdul Halim bin Mohammad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah (Pembangunan), Encik Mohd Fadli bin Mohd Razali, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah (Khidmat Pengurusan), Puan Naziroh binti Ahmad Hazri, Pegawai MARA Daerah Kota Setar, pegawai-pegawai MARA Daerah dan wakil-wakil Pusat MARA.
Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, dan lagu Amanah Rakyat diikuti ucapan perasmian dan upacara gimik meletakkan Jalur Gemilang kepada 67 buah motosikal pelajar. Seramai hampir 100 orang pelajar dan 67 buah motosikal telah berarak mengibarkan Jalur Gemilang pada hari ini. Bilangan motosikal sebanyak 67 buah ini adalah merupakan simbolik Sambutan Bulan Kebangsaan negara kita yang ke β 67.
Seterusnya, motosikal tersebut dilepaskan berarak di Seberang Jalan Putra hadapan KPTM Alor Setar. Para staf, pensyarah dan pelajar yang hadir turut serta mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang jalan bagi memeriahkan program perarakan motosikal ini. Program pelancaran ini selesai pada jam 11.00 pagi dengan jayanya.