1 Februari 2025: Program Khidmat Masyarakat yang diberi nama Ihya’ Masjid: Transformasi Lestari telah berjaya dianjurkan oleh pelajar-pelajar CC5.2 yang bertempat di Masjid Jame’ Badlishah, Yan.
Program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid serta memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
✅ Gotong-royong membersihkan kawasan masjid
✅ Rewang bersama komuniti
✅ Minigames & pertandingan mewarna untuk menceriakan suasana
Selain menceriakan persekitaran masjid, program ini juga mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan diteruskan di masa akan datang, in shaa Allah!
#kptm
#kptmas
#khidmatmasyarakat