Berita Kampus

18 January 2026 | 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵! 𝗪𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗶𝗾𝗵𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝟭𝘀𝘁 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿-𝗨𝗽 𝗧𝗔𝗠𝗶𝗡𝗚 𝗶𝗖𝗧𝗙𝗙𝟴 𝟮𝟬𝟮𝟲

Tahniah diucapkan kepada Wan Zahin Syafiqhah, pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar, atas kejayaan cemerlang meraih tempat kedua (1st Runner-Up) dalam pertandingan UiTM Capture The Flag Hacking Competition (iCTFF8). Pertandingan berprestij ini telah berlangsung pada 17 Januari 2026 bertempat di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.
Dalam pertandingan tersebut, Wan Zahin Syafiqhah telah berganding bersama rakan sepasukan, Muhammad Naufal Afif bin Mohd Affendy dari Kolej Vokasional Sepang, di bawah nama pasukan HackDev C. Hasil kerjasama yang mantap serta penguasaan kemahiran teknikal yang tinggi telah membolehkan mereka menonjol dalam kalangan pasukan yang bertanding dan seterusnya mencapai keputusan yang amat membanggakan.
Selain itu, KPTM Alor Setar turut menghantar dua orang lagi pelajar iaitu Muhammad Adam Adi Putra dan Muhammad Azim untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam pertandingan Capture The Flag (CTF), penglibatan tersebut diharap dapat memberikan pendedahan awal serta pengalaman berharga dalam bidang keselamatan siber.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
#UiTMiCTFF2026
#iCTFF8
#KPTMAlorSetar
#KelabSainsKomputerKPTMAS
#CybersecurityCompetition
#nextlevelofexcellent
#jommasukkptmas

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)