𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑
31 Julai 2024 (Grand Alora Hotel) - Majlis Apresiasi Siswa 2024 diraikan untuk pelajar cemerlang dalam bidang akademik bagi Sesi Julai 2023 dan November 2023 serta pelajar aktif dalam kokurikulum dan usahawan.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah
Kanan, Jabatan Sumber Manusia KPTM Sdn. Bhd.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Puan Naziroh binti Ahmad Hazri, Pegawai MARA Daerah Kota Setar, Puan Nor'aza binti Ismail. Kaunselor SMK Mergong, Dekan Fakulti Perakaunan, Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
Semoga semua pelajar KPTM Alor Setar terus cemerlang.