Berita Kampus

Competition And Exhibition For Innovative Generation 2019 (I-GEN ’19)

10 Julai 2019 - Kelab Inovasi dan Kreativiti Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi yang melibatkan 21 penyertaan sekolah menengah seluruh Negeri Kedah.  Program sempena Karnival Jom Gegar 2.0 KPTM Alor Setar ini bertujuan memupuk minat pelajar sekolah dalam menghasilkan barangan inovasi seterusnya mampu menjana pendapatan hasil daripada rekaan mereka.

Pertandingan inovasi ini telah diadili oleh Puan Nor Juhaini bt Jamaludin, Pegawai Pertanian, KEDA, Pn Wan Mahani bt Mahmood, Ketua Sektor ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan En. Zahrail Affenday b Mohamed, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah, Sektor Pembangunan.

Sebanyak 7 projek inovasi telah dianugerahkan sijil emas, 10 projek mendapat sijil perak dan selebihnya dianugerahkan sijil gangsa oleh pihak juri. Tahniah kepada semua pemenang.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)