Berita Kampus

XPDC Merdeka - Gunung Keriang

23 Ogos 2019 – Seramai 74 orang pelajar Diploma Pengurusan Pejabat (AO101) telah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Keriang, Alor Setar.  Program anjuran Office Management Student’s Association (OMSA) ini diadakan sebagai satu wadah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar selain meningkatkan ketahanan fizikal dan mental masing-masing.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar kerana program ini dijalankan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan KPTM Alor Setar yang telah dilancarkan pada awal bulan lalu.

Program ini merupakan antara aktiviti terawal yang disertai oleh pelajar yang baru sahaja memasuki KPTM Alor Setar pada bulan April dan Julai yang lalu sekaligus menjadi pemangkin untuk mereka terus aktif dalam semua aktiviti yang akan dijalankan di KPTM Alor Setar.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)