Berita Kampus

Naib Johan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 Negeri Kedah

31 Ogos 2019 – Kontijen Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar yang terdiri deripada 31 orang pelajar  berjaya merangkul Naib Johan kategori Sukarela Beruniform sempena perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Negeri Kedah bertempat di Dataran Medan Bandar berhadapan Masjid Zahir.

Dianggarkan seramai 3,000 peserta daripada 89 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan yang bermula jam 9 pagi.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke sambutan peringkat negeri. Turut serta, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Toh Puan Norzieta Zakaria dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri. Manakala KPTM Alor Setar diwakili Tuan Pengarah,YBhg. En Anuar Bin Zakaria@Aziz.

 

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)