Berita Kampus

19 Okt 2020 - Bantuan Sumbangan Kepada Pelajar KPTM Alor Setar

Saudari Anis Syuhada binti Azlan, pelajar semester 4 Program Diploma in Business Management yang sedang menerima rawatan untuk Severe OSHAHS with Chronic Type II Respiratory Failure. Beliau menghidapi masalah pernafasan yang memerlukan bantuan oksigen.
Sumbangan diserahkan oleh YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman.
Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah, Pegawai Serantau Yayasan Pelajaran MARA Kedah dan Pengarah KPTM Alor Setar.
KPTM sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan pelajar dan bersedia membantu untuk meringankan beban pelajar.
#WartaKedah
#MARAKedah
#YayasanPelajaranMARA
#KPTM
#KPTMAlorSetar

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)