Berita Kampus

28 Okt 2020 - Hari Akademia KPTM Alor Setar 2020

Sambutan ini dengan tema "Akademia Prihatin" adalah untuk meraikan sumbangan dan jasa Para Ahli Akademik di KPTM Alor Setar kepada kolej, pelajar dan masyarakat. Ia juga memberi pengiktirafan kepada Ahli Akademik yang menunjukkan kualiti dan pencapaian terbaik sepanjang perkhidmatan.

Penyampaian Anugerah terdiri daripada pelbagai kategori untuk Ahli Akademik. Antaranya Kategori Inovasi, Penerbitan, Mentor Prihatin dan Anugerah Khas Tokoh Akademia.
Tokoh Akademia adalah anugerah khas melibatkan sumbangan besar terhadap perkembangan akademik, menghargai jasa dan sumbangan penerima sepanjang perkhidmatan di KPTM Alor Setar.
Tokoh Akademia 2020 peringkat KPTM Alor Setar dianugerahkan kepada Encik Khairul Nizam bin Shuib.

Semoga sambutan ini dapat mempertingkatkan daya usaha, mutu dan kecemerlangan ahli-ahli akademik di KPTM Alor Setar.

#kptm
#kptmas
#akademiaprihatin

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)