Projek Singgah Ramadan Fasa 1 telah dilaksanakan di Kebun 500, Mukim Tualang, Pokok Sena. Seramai 33 asnaf dan golongan memerlukan dipilih untuk menerima sumbangan. Program dimulakan dengan agihan barang sumbangan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Ghair Jame' Al Ma'arif, Kebun 500, Mukim Tualang.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang.
Sumbangan disampaikan oleh Cik Nor Asmah binti Said, Timbalan Pengarah Akademik KPTM Alor Setar. Semoga sumbangan ini menjadi pahala berlipat kali ganda di bulan mulia.
Moga Allah permudahkan urusan-urusan selepas ini.