Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) MARA Corporation Sdn. Bhd. bersama pelajar-pelajar di KPTM Alor Setar hari ini.
Majlis ramah mesra ini telah dihadiri oleh seramai 300 orang pelajar KPTM Alor Setar. Ucapan ringkas dan perkongsian peluang kerjaya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, GCEO MARA Corporation Sdn. Bhd.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mohd Jawi, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, YBrs. En. Mudzir bin Mohamad, Pengarah KPTM Alor Setar dan staf KPTM Alor Setar.
#MARA #MARACORP #KPTM #KPTMAS