Program Penyerahan Zakat KPTM untuk 88 orang pelajar asnaf telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. kepada wakil pelajar iaitu Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Alor Setar.
Selain itu, penyampaian anugerah-anugerah kepada staf dan pensyarah turut diadakan antaranya Anugerah Program Jom Hidup Sihat 2022, Staf Terbaik Bulan November dan Disember 2022, Pensyarah Terbaik Kategori Penulisan dan Penerbitan, Inovasi, Kokurikulum dan aktif Sistem OleS.
Penyerahan Zakat KPTM dan penyampaian anugerah turut disaksikan oleh YBrs.Tuan Haji Ramli bin Mohd Jawi, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM Sdn. Bhd. dan YBrs. Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah KPTM Alor Setar.
Di samping itu, diadakan juga sesi "engagement" YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz bersama dengan warga kerja KPTM Alor Setar. Majlis ini berlangsung dengan suasana hiba sekali memandangkan beliau akan bersara pada bulan Mac tahun ini.
Semoga YBhg. Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersara.
#kptm #kptmas