Berita Kampus

19-21 Jun 2023 - Latihan Pusat & Penyerahan Bendera Kontinjen SUPTEM 2023

21 Jun 2023 – Berlangsung Majlis Penutup Latihan Pusat & Penyerahan Bendera Kontinjen KPTM Alor Setar kepada atlet yang akan membawa cabaran KPTMAS pada Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA ke-9 (SUPTEM 2023). Majlis disempunakan perasmian oleh Tuan Pengarah, En Mudzir Bin Mohamad.

Kem yang berlangsung selama tiga hari bermula 19-21 Jun ini telah menghimpunkan 79 atlet, 10 pengurus pasukan, 4 urusetia bertujuan memastikan setiap atlet fokus terhadap misi memburu pingat pada SUPTEM 2023 menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang. Antaranya aktiviti membina sahsiah dan bina semangat, mengurus emosi dan simulasi suasana pertandingan sebenar. Aktiviti lain termasuklah latihan sorakan kontinjen yang turut dipertandingkan.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 10 acara dipertandingan antaranya Badminton, Bola Jaring, Futsal (L&W), Bola Tampar (L&W), Sepak Takraw, Ping Pong, Catur dan acara baharu, Aerodance. Pada edisi 2019 yang mana KPTMAS menjadi tuan rumah, berakhir dengan nota gemilang apabila meraih tempat ke-4 keseluruhan. Untuk kali ini TEAM KPTMAS menyasarkan tuaian pingat yang lebih banyak dan memperbaiki kedudukan pingat keseluruhan. Semoga beroleh kejayaan TEAM EAGLE WARRIOR!

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)