Berita Kampus

22-25 Jun 2023 - Tahniah Team SUPTEM 2023 KPTM AS!!

Syabas dan Tahniah kepada semua atlet dan pengurus yang terlibat dengan Sukan Kolej Poly-Tech MARA (SUPTEM 2023). Kejohanan yang berlangsung dari 22 sehingga 25 Jun 2023 ini telah diadakan di tiga lokasi iaitu di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan dan Sergio Aguera Futsal, Semambu.

Majlis Penutup SUPTEM kali ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Ramli bin Mohd Jawi, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar. Turut hadir adalah Tuan Pengarah, En Mudzir Bin Mohamad bersama wakil Pengurusan Tertinggi KPTM, En Mohd Zaidi bin Zakaria, Pengarah Kanan Jabatan Logistik dan Aset serta Pengarah kampus.

Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan dan Team KPTMAS telah berjaya membawa pulang 4 pingat Gangsa menerusi acara Catur Berpasukan, Badminton(Beregu Wanita), Ping Pong(Beregu Campuran) & Futsal Lelaki. Lebih manis, kategori Sorakan Kontinjen telah dimenangi oleh TEAM KPTMAS-Eagle Warrior.

Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada semua pemenang dan Kontinjen. Semoga kejohanan kali ini meninggalkan kenangan manis buat semua. Untuk Edisi ke-10 pada tahun 2025, Universiti Poly-Tech Malaysia(UPTM) telah dipilih sebagai tuan rumah. Jumpa Lagi !!

#MARA #KPTM #SUPTEM9 #hepkptmas

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)