6 Julai 2023– Penyertaan Team Inovasi KPTMAS pada International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 2023) telah membuahkan hasil apabila meraih 4 Emas, 3 Perak & 5 Gangsa pada edisi kali ke-11 yang telah disempunakan Majlis Perasmian dan Penutupan iCompEX oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).
Bertemakan ‘Impian, Cipta dan Inspirasi Dikuasakan oleh Inovasi’, acara yang dikelolakan oleh POLIMAS dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini telah menerima sebanyak 322 penyertaan dari KPTM, Politeknik dan Kolej Komuniti, sekolah, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan dari antarabangsa seperti Indonesia, Thailand, Korea, China dan Bangladesh.
Menurut YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap turut menyatakan penghargaan kepada semua peserta dan menggalakkan lebih banyak penyertaan untuk terus membangunkan produk inovatif yang boleh membantu bukan sahaja diri mereka tetapi juga buat komuniti global.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Julai yang lalu juga dilihat selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri melalui teras ketiga iaitu Daya Cipta yang membawa definisi pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia. Sekian