Berita Kampus

Previous Next

21 Ogos 2023, Isnin - 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟯 KPTMAS

21 Ogos 2023, Isnin - Majlis Apresiasi Siswa 2023 telah dianjurkan untuk meraikan pelajar cemerlang bagi sesi pengajian Julai dan November 2022.
Seramai 180 penerima Anugerah Dekan dan Senat diraikan pada majlis ini. Sebanyak 5 kategori Anugerah diberikan iaitu Anugerah Dekan, Anugerah Senat, Anugerah Terbaik Program, Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Terbaik Keseluruhan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Timbalan Presiden Akademik, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. Turut hadir
adalah Encik Mudzir bin Mohamad (Pengarah KPTM Alor Setar), Encik Asrul Affendi bin Rosli (Board of Governance KPTM), Tuan Haji Kamarul Zaman bin Mohamad (Timbalan Pengarah MARA Kedah), Puan Naziroh binti Ahmad Hazri (Pegawai MARA Daerah Kota Setar) dan Puan Nor Roslina binti Wakimin (Penolong Kanan Kokurikum SMK Tunku Abdul Malik), Ahli Pengurusan dan Pensyarah.

Selain itu, majlis diserikan dengan jemputan dari Wakil-wakil Industri iaitu
1) Safiah Rahmat & Co.
2) Shila Global Enterprise
3) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
4) Adya Hotel Langkawi
5) Mutiara Cita Technologies Sdn. Bhd.

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar yang mendapat Anugerah. Semoga teruskan usaha dan kekalkan kejayaan pada masa akan datang.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)