𝟏𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐃𝐡𝐢𝐚 𝐂𝐨𝐭𝐭𝐨𝐧 𝐇𝐐, 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫)-
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTM Alor Setar dengan kerjasama Unit Keusahawanan dan Mentor-Mentee telah menganjurkan Program Jejak Usahawan KPTM Alor Setar yang telah berlangsung di ibu pejabat Dhia Cotton, Alor Setar.
Objektif program ini adalah untuk menjejaki usahawan tempatan berjaya di sekitar Alor Setar untuk dijadikan ikon contoh kepada para pelajar KPTM Alor Setar bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan setelah tamat belajar kelak. Seramai 40 orang pelajar dari Unit Keusahawanan dan juga mentor-mentee telah menyertai program tersebut.
Antara pengisian program tersebut adalah perkongsian mengenai kisah kejayaan Dhia Cotton, tip- tip untuk memulakan perniagaan dan inspirasi oleh pengasas Dhia Cotton sendiri, Encik Mohd Hidayat Mohamad.
Semoga program ini dapat memupuk minat para pelajar KPTM Alor Setar untuk menjadi usahawan dan memulakan perniagaan selepas tamat pengajian kelak.