Berita Kampus

Previous Next

20 Januari 2024 | Tasik Darulaman & Fantasia Aquapark Jitra Kedah

20 Januari 2024 | Tasik Darulaman & Fantasia Aquapark Jitra Kedah
Pelajar KPTM Alor Setar AO 5.2 sesi November 2023 telah menganjurkan Program Watercolor Run & Waterpark yang telah berlangsung di Tasik Darulaman & Fantasia Aquapark Jitra, Kedah
Objektif program ini adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dan membangunkan hubungan yang baik dalam kalangan pelajar KPTMAS, ia juga menggalakkan para pelajar untuk sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti. Seramai 77 orang hadir bagi memeriahkan dan menjayakan program ini termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Jabatan,Para Pensyarah Diploma Office Management & Technology dan pelajar- pelajar KPTMAS telah menyertai program ini.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah senamrobik dan zumba, larian sambil menembak air warna menggunakan pistol mainan di laluan trek tasik sepanjang 2KM. Seusai larian oleh para peserta, program diteruskan dengan majlis penyerahan medal yang disampaikan oleh Encik Mudzir Bin Mohamad, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar Kedah. Seterusnya, para peserta bergerak ke Fantasia Aquapark bersebelahan dengan Tasik Darulaman Jitra untuk aktiviti seterusnya seperti Crazy Water Volleyball dan perlawanan Tarik Tali dalam air.
Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran para pelajar KPTM Alor Setar berkenaan kepentingan untuk beriadah seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)