03 Februari 2024 (Pulau Songsong, Yan, Kedah)
Pelajar Semester 4, Diploma Pengurusan Pejabat, KPTM Alor Setar telah menganjurkan Program Songsong Healing Day di Pulau Song Song, Yan, Kedah.
Objektif program ini adalah untuk membawa pelajar mengenali beberapa pulau yang berada di sekitar Yan, selain menjadikan aktiviti riadah kepada pelajar untuk meringankan tekanan belajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama pelajar dan juga mentor.
Antara pengisian program tersebut adalah melawat ke pulau-pulau kecil di sekitar Yan yang menyimpan banyak sejarah, antaranya menjadi tempat persinggahan oleh pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam. Menjadi pusat kem ketenteraan dan hanya baru dibuka kepada umum beberapa tahun yang lalu.
Antara pulau-pulau yang menjadi persinggahan program kali ini ialah Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong. Semoga program ini dapat merehatkan minda pelajar dan pensyarah sepanjang menerusi hakiki pengajaran dan pembelajaran di kolej serta memahami latar belakang sejarah tempat lawatan.