Berita Kampus

Previous Next

05 Februari 2024 | BREAST CANCER AWARENESS SEMINAR, Dewan Seminar Jerai

05 Februari 2024 | Dewan Seminar Jerai
Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar
Seramai 28 orang pelajar dari Program Diploma Pengurusan Pejabat AO5.1 telah menganjurkan sebuah program “Breast Cancer Awareness Seminar” yang telah berlangsung di Dewan Seminar Jerai Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.
Program “Breast Cancer Awareness Seminar” ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan juga kesedaran tentang kanser payudara di kalangan pelajar wanita bersempena sambutan “World Cancer Day” yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun. Seramai 90 orang hadir bagi memeriahkan serta menjayakan program ini termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Jabatan, Doktor Pakar Bedah dari Hospital Sultanah Bahiyah, Ketua Jururawat dari LPPKN, para pensyarah Diploma in Office Management dan para pelajar serta guru-guru pengiring dari SMK Tunku Abdul Malik telah menyertai program ini.
Beberapa aktiviti menarik telah dirangka untuk semua peserta yang hadir. Antaranya ialah persembahan sajak, ceramah , persembahan nyanyian, pameran & pemeriksaan payudara klinikal dari LPPKN , soalan kuiz dan juga cabutan bertuah. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Encik Mudzir bin Mohamad selaku Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.
Semoga dengan mengikuti program ini para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas serta mendapat pengetahuan yang lebih luas tentang Kanser Payudara ini. Di samping itu program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara KPTM Alor Setar dan pihak luar.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)