Berita Kampus

Previous Next

15 Mei 2024 | ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š (๐—”๐—ฃ๐—–) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š (๐—”๐—ฃ๐—–) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

15 Mei 2024, Rabu - Kolej Poly-Tech MARA telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPTM 2023. Majlis ini diadakan untuk meraikan staf KPTM dan UPTM yang telah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2023, bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Encik Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. dan diteruskan dengan ucapan serta penyempurnaan majlis oleh YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTM Sdn. Bhd. Turut hadir bersama dalam majlis ini Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB adalah YBrs. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan) dan YBhg. Datoโ€™ Julainie bin Mohd Salleh.
Seramai 5 orang staf KPTM Alor Setar telah menerima anugerah ini iaitu:-
Kategori Akademik
1) Ts. Mohd Rosidi bin Hj. Omar
2) Ts. Shahida binti Jamaludin
3) Pn. Khaironnisa bt. Razak
Kategori Pentadbiran
1) Pn. Fouzul Suhani binti Jamaluddin
Sokongan
1) Puan Raja Nurul Fatin bin Raja Ab Aziz
Turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis adalah Cik Nor Asmah binti Said, Timbalan Pengarah Akademik Menjalankan Tugas Pengarah dan Ahli-ahli Pengurusan KPTM Alor Setar.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPTM 2023 dan semoga anda terus cemerlang berbakti kepada KPTM.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)